Aku menulis ketika minda sedang bercerita. Ini ruang untuk luahan aku // Kistina.

Tuesday, September 10, 2013

Secebis kata



Assalamualaikum,

Aku tahu yang ;

bila aku sakit 
aku ada angah, siti, danial yang jaga aku.
tak lupa abang dan akak aku.

bila aku susah / takde duit / lapar / keseorangan 
aku tetap ada angah, siti, danial yang teman aku.
tak lupa abang dan akak aku.

bila aku happy 
aku ada umi abah adik adik yang turut sama happy dgn aku
tak lupa angah, siti, danial yang senyum sekali
dan akak aku.

bila aku bahagia 
itu semua tak lain tak bukan sebab family aku
sayang aku, angah, siti, danial dan akak aku.

tapi aku, tetap rasa tak puas. Selalu je rasa tak kena.
apa sebabnya? Adakah sebab aku tak bersyukur? atau tamak?

Apa sebenarnya berlaku dengan aku? hashtag questionmark.


Thursday, August 29, 2013

Ogos





Assalamualaikum. Selamat hari raya. 

Lambat update ye sori hahaha ada orang baca ke ceritanya kesah pulak aku. 
Bulan ogos tahun ni banyak event yang terjadi. Hari raya, birthday aku, trial SMU, trial SPM. Semua tu melibatkan family aku.


Bersepah orang dok upload gambar raya, kita amik dari adik je hiks. Tema raya family abah tahun ni KUNING yang tak berapa kuning sangat. Tapi best persiapan raya tahun ni sebab semuanya aku beli dengan duit sendiri, i mean duit gaji yang MARA bagi tiap tiap bulan ahaks. Jubah, kasut, tudung semua beli dengan duit sendiri siap belanja adik adik lagi, kelas kau jah ! Puas hati lah walaupun cuti tak lama =,=


Bulan ogos jugak lah berlakunya birthday aku. Alhamdulillah cukup umur 19 tahun aku pada bulan yang mulia ni. Sambutan takde pun. Party,kumpul ramai-ramai,tiup lilin atas kek sebijik - takde pun. Dah biasa semua tu. Nasib baik di-cover kata kau dengan wish wish dari kawan kawan - kawan lama, kawan baru ( gmi ) siap dapat teddy bear kaler putih lagi hewhew. One of my wishlist dah dapat pun so shuddup.


Kiri EE , Kanan DD

Gegirls I semua ni pun akan menghadapi separuh dari ujian peperiksaan sebenar bulan ni. Si kakak, DD trial SPM dan si adik, EE trial SMU which is dah tamat - Alhamdulillah. Wish you oulls the best lah. Sori takde di sisimu semasa sedang berperang. Doa dari jauh je. Miss you guys a lots. Tiap tiap hari teringat,rindu semakin tinggi, hati berperang supaya kekal sabar - semua tu susah dengan kata lain HOMESICK la bohhhh hok alohhhh.

Tu jelah hihi. Lain kali datang lagi ye. Kita story mory lagi. 
Wassalam.

p/s : 24/8 aritu hantar farah pegi konsert CNBLUE haha.
Pengalaman pegi hantar dan rasai suasana konsert
walaupun tak masuk tengok yong hwa depan mata 






Wednesday, July 31, 2013

Sepintas lalu

Alhamdulillah,
nasi bujang dan teh o ais laici 
selamat bersemadi didalam perut


Jumaat malam bertolak balik ke Kota Bharu
Rindu keluarga Allah je yang tahu
Semoga selamat sampai


Sem tiga sudah dimasuki
susah perit akan kulalui
harap semua berjalan lancar


23 Ramadhan n.n