Aku menulis ketika minda sedang bercerita. Ini ruang untuk luahan aku // Kistina.

Thursday, January 3, 2013

Titik permulaan.

Bismillahirahmanirahim,

Tahun baru, azam baru.  Entah kenapa aku rasa hendak berubah. Berubah kearah yang lebih baik. Semalam tengok cerita ' Aku Masih Dara ' dan hatiku terdetik mahu berubah. 

Aku tahu aku manusia yang penuh dengan dosa.  Kesilapan kekhilafan yang aku lakukan selama ini membuat aku insaf.  Ya Allah, betapa hinanya diriku ini.  Solat kemana amalanku kemana.  Aku merasakan yang aku hidup dimuka bumi ini hanya sia-sia.

Ya Allah, berilah aku peluang untuk berubah.  Bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang solehah.  Aku nak berubah ya Allah.  Aku nak berubah.  Insya Allah. 

Sahabat sekalian, maafkan aku jika aku pernah membuat kesalahan sama ada sengaja mahupun tidak.  Sesungguhnya aku manusia yang lemah.  Tolong terima perubahanku. Jangan kalian meninggalkanku setelah aku berubah.  Tolong hormati permintaanku ini. Terima kasih wahai sahabat sekalian.

No comments:

Post a Comment